Pemain kebangsaan Sepanyol, Martinez menanduk masuk gol yang berpunca daripada sepakan sudut pada minit ke-59 yang membenarkan juara Jerman itu memanfaat sepenuhnya aksi longlai skuad kendalian Jose Mourinho.

United akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di gelanggang sendiri menentang Leicester City, awal pagi Sabtu ini.

Mourinho masih berharap memperkuatkan pasukannya pada jendela perpindahan musim panas yang berakhir Khamis ini dengan hanya pemain tengah Brazil, Fred pembelian terbesar kelab itu kali ini.

“Ketua pegawai eksekutif sudah cukup lama tahu apa yang saya mahukan.

“Saya tahu beliau berusaha sedaya upaya untuk saya dan saya masih mempunyai beberapa hari untuk menunggu dan melihat apa yang akan berlaku,” kata Mourinho kepada TV Jerman sejurus perlawanan.

Bayern yang dibimbing jurulatih baharu, Niko Kovac, akan kembali ke kem latihan pasukan di Tegernsee menjelang pertembungan Piala Super Jerman menentang Eintracht Frankfurt hujung minggu ini.- AFP