Keputusan itu sekaligus memberi ruang buat pencabar terdekat yang menghui tangga kedua liga, Real Madrid untuk merapatkan jurang perbezaan kepada enam mata sahaja dengan pendahulu liga itu sekaligus mencerahkan semula harapan untuk memburu kejuaraan liga musim ini.

Messi yang masih mengalami kecederaan paha dilihat agak terhad pergerakannya yang menjadi faktor barisan depan Barcelona pincang dalam mencari gol. Ini menyaksikan skuad bimbingan Ernesto Valverde sudah tiga perlawanan berturut-turut gagal mencatat kemenangan. - AFP