Dalam aksi timbal balas di Nou Camp minggu hadpan, juara bertahan empat kali itu dijangka menampilkan pemain-pemain utama mereka yang direhatkan minggu ini.

Levante terlebih dahulu berada di hadapan menerusi tandukan jarak dekat pertahanan Uruguay, Erick Cabaco pada minit ketiga sebelum Borja Mayoral menjaringkan gol kedua pada minit ke-18.

Tuan rumah dilihat banyak memberikan tekanan kepada pelawat dengan menggunakan kelemahan pertahan Barcelona yang tampil tanpa Gerard Pique dan Jordi Alba dengan Jeison Murillo membuat penampilan pertamanya selaku pertahanan tengah.

“Kami bermula dengan baik. Kami beri tekanan sejak dari awal kerana kami tahu mereka tidak biasa bermain bersama,” kata Mayoral.

Ketiadaan Messi dan Luis Suarez menyaksikan jentera serangan yang dikendalikan Philippe Coutinho, Ousmane Dembele dan Malcom tidak begitu berkesan.

Mereka hanya meraih jaringan menerusi sepakan penalti Coutinho pada minit ke-85.-AGENSI