Difahamkan bahawa Barcelona tidak berputus asa ke atas pemain kebangsaan Brazil itu dan kini bakal menawarkan bidaan sejumlah 200 juta euro (RM1 bilion).

Liverpool telah menolak tiga tawaran Barcelona namun menafikan menerima tawaran sehingga 200 juta euro dalam masa sama kelab itu turut memberitahu bahawa Coutinho bukan untuk dijual.

Bagaimanapun, media tempatan Mundo Deportivo melaporkan bahawa Coutinho mempunyai perjanjian dengan Liverpool yang membenarkan dia untuk meninggalkan Anfield ketika perpindahan musim sejuk.

“Kami sudah bersedia untuk menandatangani Coutinho atau mana-mana pemain pada Januari.

“Apa yang kami mahu ialah mempunyai pasukan yang kompetitif dan dalam usaha tersebut kami akan cuba untuk mendapatkan pemain yang diinginkan biarpun mereka enggan untuk menjualnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Barcelona, Oscar Grau. - AGENSI