Bagaimanapun kelab gergasi Sepanyol itu, terpaksa menunggu sehingga minit ke-59 untuk membolosi gawang pelawat menerusi jaringan penyerangnya, Paco Alcacer, disusuli jaringan sendiri Jeremy Mathieu pada minit akhir perlawanan sekali gus memastikan kemenangan Barcelona.

Taktikal pengendali Barcelona, Ernesto Valverde merombak hampir keseluruhan pemain kesebelasan utama ketika seri 2-2 menentang Celta Vigo, Sabtu lalu, telah membuahkan hasil.

Sementara itu, Juventus menyertai kelab gergasi Sepanyol itu mara ke pusingan 16 terakhir selepas mereka turut melakar kemenangan 2-0 ke atas Olympiakos.

Dalam pada itu, Sporting pula akan beraksi dalam saingan Liga Europa pada awal tahun depan.- AFP