Ini bermakna kontrak Messi yang sepatutnya berakhir tahun depan bakal disambung sekali gus menyaksikan dia akan terus kekal bersama kelab Catalan itu hingga 30 Jun 2021.

Messi dijadual menandata­ngani kontrak baharu itu ming­gu depan, kata kelab gergasi Sepanyol itu menerusi kenyata­an hari ini, lima hari selepas dia melangsungkan perkahwinan dengan buah hatinya sejak kecil Antonella Roccuzzo.

Kenyataan itu turut memuji Messi sebagai pemain terbaik dalam sejarah bola sepak sehingga berjaya membantu Barcelona mencipta kejayaan luar biasa sepanjang dia memulakan karier penuh profesionalnya di kelab tersebut.

Messi yang baru sahaja menjangkau usia 30 tahun bulan lalu telah menjaringkan 507 gol dalam 583 perlawanan yang disertainya,

Sepanjang di Barcelona, dia berjaya memenangi empat Liga Juara-juara Eropah, lapan kejuaraan Liga Sepanyol dan lima kejuaraan Piala Raja Sepanyol.

Messi yang dibentuk bakatnya oleh Barcelona sejak berusia 13 tahun tidak pernah menyertai mana-mana kelab lain. Dia hanya memerlukan empat tahun selepas itu untuk diserapkan dalam skuad utama Barcelona pada 2004.

Sejak itu dia berjaya me­ningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia dengan meraih gelaran pemain terbaik FIFA sebanyak lima kali. Musim 2017-18 merupakan musim ke-14 bersama Barcelona. – AGENSI