Kehilangan khidmat penyerang Brazil yang digantung perlawanan itu memberi tamparan hebat kepada Barcelona dalam usaha menafikan gelaran musuh tradisi, Real untuk buat kali pertama dalam tempoh lima tahun meraih kejuaraan tersebut.

Barcelona membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (TAD) berhubung masalah pergantungan tiga perlawanan ke atas Neymar dengan harapan ia dibekukan, yang akan membenarkan pemain tersebut beraksi dalam perlawanan hidup mati itu di Santiago Bernabeu.

Bagaimanapun, menjelang perlawanan Ahad ini, Barcelona mengambil keputusan membatalkan hasrat untuk merayu bagi mendapatkan khidmat Neymar.

“Dengan keputusan undang-undang yang tidak tentu oleh TAD, perlawanan pula kurang daripada 12 jam serta memberi tumpuan kepada aspek kesukanan, kelab memutuskan tidak akan menyenaraikan Neymar,” demikian menurut kenyataan Barcelona yang berbaur kemarahan. – AFP