Dalam aksi timbal balik di Camp Nou minggu depan, juara bertahan empat kali itu dijangka menampilkan pemain utama mereka yang direhatkan minggu ini.

Levante terlebih dahulu berada di depan menerusi tandukan jarak dekat pertahanan Uruguay, Erick Cabaco pada minit ketiga sebelum Borja Mayoral menjaringkan gol kedua pada minit ke-18.

Tuan rumah menghukum kelemahan pertahanan Barcelona yang tampil tanpa Gerard Pique dan Jordi Alba.

“Kami bermula baik dan memberi tekanan sejak dari awal kerana kami tahu mereka tidak menurunkan kekuatan sebenar,” kata Mayoral.

Ketiadaan Messi dan Luis Suarez menyaksikan jentera serangan yang diketuai Philippe Coutinho, Ousmane Dembele dan Malcom tidak begitu berkesan.

Mereka hanya meraih jaringan menerusi sepakan penalti Coutinho pada minit ke-85. – AGENSI