Ketiadaan bintang Brazil itu ketara apabila Barca tumpas 1-3 dalam Piala Super Sepa­nyol iaitu kekalahan pertama kelab itu kepada Real Madrid sejak perpindahannya ke Paris Saint-Germain dengan rekod dunia 222 juta euro (RM1.11 bilion).

“Sudah jelas pemergian Neymar memberikan kesan besar kepada pasukan. Ia semakin ketara apabila anda menyedari betapa pen­tingnya Neymar,” katanya menjelang perlawanan kedua menentang Madrid di Santiago Bernabeu hari ini.

Menurut Busquests, Barca perlu menandatangani pemain baharu selepas tawaran awal untuk mendapatkan Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele masing-masing dari Liverpool dan Borussia Dortmund ditolak minggu lalu.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Sepanyol itu percaya satu-satunya cara untuk beralih daripada ketiadaan Neymar adalah dengan mengukuhkan skuad Barca secara keseluruhan dan bukannya mencari pengganti yang serupa.

“Sesiapa yang akan datang adalah sangat dialu-alukan. Dengan pemergian Neymar, terdapat kekurangan dalam jentera serangan. Tetapi untuk menjadi lebih baik, Barca perlu meningkatkan keupayaan dalam semua aspek.

“Diharapkan lebih ramai pemain berkua­liti akan datang. Hanya ada satu Neymar dan dia sekarang tidak lagi bersama kami, kita perlu melihat ke hadapan dan cuba memperbaiki diri sebagai sebuah pasukan,” jelasnya. – AFP