Skuad kendalian Ernesto Valverde berada dilandasan terbaik untuk meraih gelaran kelima berturut-turut dalam kejuaraan itu selepas mara dengan agregat 6-3.

Selepas tewas 0-2 kepada Sevilla minggu lepas dalam perlawanan suku akhir pertama, Barcelona tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Coutinho meledak gol pertama pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti.

Barcelona memperolehi sepakan penalti selepas Lionel Messi dijatuhkan pemain Sevilla, Quincy Promes.

“Leo meminta saya melakukan sepakan penalti dan ia telah meningkatkan lagi tahap keyakinan. Dia menunjukkan sikap seorang pemain yang hebat,” kata Coutinho.

Tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan agregat 3-3 hasil jaringan Ivan Rakitic pada minit ke-32.

Coutinho terus memperagakan aksi cemerlang sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-53, disusuli jaringan Sergi Roberto seminit kemudian.

Luis Suarez dan Messi melengkapkan kemenangan bergaya Barcelona apabila masing-masing menjaringkan satu gol. - REUTERS