Perkara tersebut disahkan oleh Facebook rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT), JOHOR Southern Tigers.

Allahyarham yang juga bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut dikenang sebagai tokoh sukan dan Bapa Pembangunan Bola Sepak Johor kerana menjadi pencetus kebangkitan bola sepak negeri ini ketika era 1980-an dan 1990-an.

Selain itu, arwah yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor turut menerima Anugerah Tokoh Sukan sempena Anugerah Sukan Johor 2015 atas sumbangannya kepada pembangunan bola sepak di Johor.

Pada Februari tahun lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menamakan pusat latihan JDT sebagai Pusat Latihan Tertutup Dato’ Suleiman Mohd. Noor sebagai menghargai sumbangan dan jasa beliau dalam sukan itu. - UTUSAN ONLINE