Yusri mahu anak-anak buahnya segera melupakan kekalahan 2-5 kepada Negeri Sembilan sebelum ini, sebaliknya bermain dengan bersemangat dan tidak gopoh apabila menerima kunjungan Harimau Kumbang.

“Selepas apa yang berlaku tempoh hari, saya amat menitik beratkan soal keyakinan sebab perkara itu dilihat seolah-olah hilang dalam diri pemain terutama kawalan bola dan hantaran.

“Saya amat berharap mereka tidak mengulangi kesilapan tempoh hari dan kembali ke landasan sebenar sebagaimana yang perlu diperagakan sebelum ini,” katanya.

Yusri memberitahu, pada perlawanan itu nanti dia akan melakukan sedikit dibahagian pertahanan yang dilihat agak longgar pada perlawanan itu nanti terutama dibahagian kanan.

Katanya, bagaimanapun dia lega selepas mendapatkan semula sentuhan Mohammad Azwan Aripin yang kembali daripada penggantungan akibat kad kuning minggu lalu.

“Saya turut ingatkan pemain supaya waspada dengan kepantasan bahagian sayap pasukan lawan.

“Lawan mempunyai bahagian sayap yang cukup pantas dan boleh mendatangkan bahaya sekiranya diberikan ruang,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Yusri berkata, pemain import Mustafa Zazai perlu bangkit dan lebih yakin kepada diri sendiri untuk bersaing dalam kesebelasan utama.

Katanya, Zazai merupakan pemain import yang masih perlu belajar selok belok dalam bola sepak. - UTUSAN ONLINE