Ketika ini Balotelli tidak berada di tahap prestasi membanggakan terutama selepas lama tidak bersama skuad kebangsaan dalam kempen antarabangsa.

Dalam saingan liga pula, penyerang berusia 28 tahun itu gagal meledak sebarang jaringan ketika Marseille tewas 3-1 kepada Paris Saint-Germain Ahad lalu.

Mancini turut dipersoal apabila memanggil pemain veteran Fabio Quagliarella menyertai The Azzurri namun mengetepikan Balotelli.

Kata Mancini, dia berharap Balotelli menerima keputusan itu dengan terbuka malah turut mencabar penyerang berkenaan membuktikan kemampuan bagi membolehkannya dipanggil semula menyertai Itali.

“Belotti adalah salah seorang pemain yang tidak akan menyertai kami dan saya berpendapat dia mampu melakukan yang lebih baik untuk bermain bersama The Azzurri sekali lagi.

“Bagi saya dia ada menunjukkan peningkatan tetapi kami mahukan dia berusaha lagi malah Balotelli sudah mula meraih pengalaman serta semakin matang,” kata Mancini. - AGENSI