Sementara bintang Portugal, Ro­naldo telah memenanginya selama dua musim lalu untuk jumlah ke­seluruhan tiga kemenangan, Messi dari Argentina pula pernah memenanginya empat kali manakala Neymar dari Brazil berada dalam senarai pendek untuk anugerah Pemain Terbaik Dunia itu buat kali pertama.

Messi merupakan tunjang kepada kejayaan Barcelona merangkul tiga gelaran musim lalu iaitu Liga Juara-juara, La Liga dan Piala Raja Sepanyol dan menjadi pilihan utama, mengatasi Ronaldo.

Pemain antarabangsa Portugal itu mungkin menamatkan musim lalu tanpa sebarang trofi, tetapi bakat individunya begitu me­nyerlah apabila muncul penjaring terbanyak dalam La Liga de­ngan 48 gol, dan kini mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Juara-juara musim ini dengan tujuh gol.

Ketua pasukan yang memena­ngi Piala Dunia, Carli Lloyd (Amerika Syarikat/Houston Dash), Aya Miyama (Jepun/Okayama Yunogo Belle), dan Celia Sasic (Jerman/1. FFC Frankfurt) pula berebut untuk anugerah Pemain Terbaik Wanita.

Dua jurulatih dari Sepanyol, Pep Guardiola dari Bayern Munich dan Luis Enrique dari Barcelona berada dalam senarai pendek Jurulatih Terbaik Lelaki bersama-sama Jorge Sampaoli, warga Argentina yang membimbing Chile memenangi Copa America.

Jill Ellis (AS/pasukan kebangsaan AS), Mark Sampson (Wales/pasukan kebangsaan England) dan Norio Sasaki (Jepun/pasukan kebangsaan Jepun) adalah tiga calon akhir untuk Jurulatih Terbaik Wa­nita.

Kesemua anugerah akan di­sampaikan dalam majlis FIFA Ballon d’Or di Zurich pada 11 Januari, 2016. – AFP