Bagaimanapun, peluang pelawat untuk mengatasi keputusan 1-2 dalam aksi pertama nampak cerah selepas pengendali Bayern, Carlo Ancelotti mengesahkan bahawa Robert Lewandowski sudah kembali cergas untuk beraksi.

Bale akan diketepikan daripada perlawanan itu akibat kecederaan buku lali berulang dan berkemungkinan terpaksa melupakan aksi La Liga menentang Barcelona, Ahad ini.

“Gareth bekerja keras untuk kembali bersama pasukan selepas mengalami kecederaan itu.

“Selepas dia kembali dia sangat terdesak untuk beraksi cemerlang tetapi kecederaan itu berulang kembali membuatkannya tidak cukup cergas.

“Saya berharap dia akan kembali bersama kami dalam beberapa hari lagi.

“Dia tidak akan beraksi menentang Bayern kerana kami tidak mahu mengambil sebarang risiko,” kata pengendali Real, Zinedine Zidane.-AFP