Juara Eropah itu telah diundi bersama-sama Spurs, Borussia Dortmund dan APOEL dalam saingan Kumpulan H tetapi perlu menanti sehingga bulan hadapan untuk pertemuan dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Bale meninggalkan Spurs untuk menyertai Real pada 2013 telah berjaya meraih tiga gelaran UCL.

Pemain berusia 28 tahun itu mendedahkan dia mungkin bergelut untuk mengawal dirinya jika berjaya menjaringkan gol berdepan bekas kelabnya.

“Saya telah menjaringkan gol berdepan Spurs dalam aksi pra-musim beberapa tahun yang lepas dan saya tidak meraikan gol saya.

“Saya berasakan ia bergantung pada perasaan ketika menghadapi perlawanan tersebut. Jika ia adalah gol kemenangan pada minit ke-91, bolehkah anda mengawal diri anda sendiri? itulah persoalannya,”kata Bale.

Kelab gergasi Sepanyol itu akan memulakan saingan UCL di laman sendiri berdepan APOEL, Khamis ini dan skuad kendalian Zinedine Zidane dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai piala tersebut musim ini. -AGENSI