Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bako tolak tawaran West Ham untuk sertai Kelantan

Annuar MUSA (dua dari kiri) bersalaman dengan Abou Bakr Al-Mel
ANNUAR MUSA (dua dari kiri) bersalaman dengan Abou Bakr Al-Mel dalam majlis memperkenalkan pemain dari Lebanon itu sebagai pemain baharu Kelantan di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU 18 Mei - Penyerang import baharu Kelantan, Abou Bakr Al-Mel atau Bako mendedahkan dia menolak tawaran daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham United semata-mata ingin beraksi dengan Kelantan.

Pemain dari Lebanon itu berkata, selain West Ham, dia juga menolak beberapa tawaran daripada kelab terkemuka Arab Saudi yang mahu mendapatkan khidmatnya tahun ini.

Katanya, dia tertarik dengan skuad The Red Warriors (TRW) selepas menerima maklumat daripada Mohammed Ghaddar, rakan senegara yang berpindah ke JDT.

“Ghaddar banyak bercerita mengenai Kelantan dan selepas mendapat tawaran untuk ber­aksi bersama pasukan ini saya terus bersetuju.

“Saya bertekad memberikan aksi terbaik dalam saingan Liga Super nanti untuk memastikan Kelantan melakar lebih banyak kemenangan selepas ini,” katanya kepada pemberita dalam majlis memperkenalkannya di sebuah hotel di sini hari ini.

Penjaring terbanyak Liga Lebanon itu diperkenalkan kepada wartawan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung, Datuk Ismail Md. Nor.

Bako begitu menonjol dalam Liga Perdana Lebanon, liga divisyen satu negaranya, tahun ini dengan menjaringkan 16 gol dalam 20 penampilan bersama Tripoli SC.

Sementara itu, Annuar memberitahu, Kelantan sedia menggilap bakat Bako untuk menjadi bintang dalam saingan Liga M musim ini dan 2018.

“Saya percaya pemain ini mampu menjadi bintang berpandukan kepada prestasi semasa yang dimiliki selepas dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Lebnon,” katanya.

Bako dijangka membuat pe­nampilan pertama menerusi perlawanan Liga Super dengan Pulau Pinang pada 24 Mei ini. Dia mengikat kontrak selama satu tahun setengah bersama TRW.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain