Bagaimanapun, juara Liga Perdana Inggeris itu yang akan bertandang ke Liverpool, esok, amat berharap mereka dapat meraih sesuatu yang sangat sukar digapai oleh kelab kaya-raya City iaitu kemenangan di Anfield.

Kali terakhir City melakar kejayaan di Anfield pada 2003 dan selepas itu, mereka tewas 12 daripada 17 pertemuan terakhir menentang Liverpool.

Kekalahan terbaharu ialah sewaktu City menyaksikan impian besar mereka untuk memburu gelaran Liga Juara-Juara musnah dan terpaksa menanti untuk musim akan datang setelah mereka dibenam kelab Merseyside itu 3-0 pada suku akhir pertama.

Jurulatih yang tidak biasa dengan kekalahan iaitu bos City, Pep Guardiola tewas dalam kesemua tiga kunjungannya di Anfield dan Jurgen Klopp berdepan salah seorang pengurus yang mampu memecah rekod kemenangan menentang kelab Catalan.

Hanya tujuh perlawanan baharu berlangsung dalam Liga Perdana musim ini, tiada pukulan kalah mati melibatkan pertemuan, hujung minggu ini.

Namun, kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan gol untuk meletakkan City di persada Liga Perdana setelah hanya keciciran dua mata pada musim ini dan pertembungan tersebut bakal menyajikan sama ada Liverpool mampu menyingkirkan anak-anak buah Guardiola dari kedudukan teratas carta liga.

“Perlawanan ini amat sukar, ia mungkin aksi paling susah di laman lawan untuk musim ini dalam Liga Perdana.

“Tetapi sebagai pemain tidak banyak yang anda bolah capai melainkan bermain dalam perlawanan seperti ini, kerana apabila anda beraksi menentang mereka atau suasananya yang cukup hebat, anda tahu ia sesuatu yang besar sedang berlaku,” kata pemain tengah City, Ilkay Gundogan, yang pernah berada di bawah kendalian Klopp selama empat tahun di Borussia Dortmund. - AFP