Babel, 32 tahun yang meninggalkan Anfield pada 2011 telah ditandatangani oleh Fulham daripada kelab Turki, Besiktas.

Ini bermakna aksi pertama Babel bersama Fulham adalah ketika menentang Tottenham dalam aksi liga di laman sendiri pada Ahad ini.

“Saya sangat teruja dapat bersama Fulham dan saya berpendapat ia adalah kelab yang hebat.

“Selain itu misi saya bersama pasukan adalah untuk memastikan Fulham terus kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris dalam masa sama saya tidak sabar beraksi,” kata Babel.

Ketika ini Fulham bergelut untuk keluar daripada zon penyingkiran berikutan berada di tangga ke-19 liga selepas 22 perlawanan. - AGENSI