Thailand yang merupakan juara bertahan dua kali berturut-turut dilihat lebih kerap bertahan ketika seri tanpa jaringan menentang Malaysia di Stadium Nasionao Bukit Jalil, Sabtu lalu.

“Mungkin sebelum ini mereka bermain secara bertahan dan menggunakan serangan balas untuk mengasak kami di bahagian pertahanan.

“Kami fikir mereka akan mengubah taktikal sebab kalau kami menjaringkan gol peluang kami untuk ke final lagi besar.

“Memang satu cabaran yang sukar tetapi tidak mustahil kalau semua pemain fokus dan mengikut segala perancangan jurulatih. Saya berharap kami dapat meneruskan persembahan terbaik seperti yang dipamerkan di Bukit Jalil ketika kami beraksi di tempat lawan nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Shahrul, 25, turut mengakui Thailand dilihat bijak melepasi perangkap ofsaid berdasarkan aksi separuh akhir pertama, Sabtu lalu.

“Mereka gemar melakukan serangan balas dengan pantas dan adakalanya mereka berjaya melepasi perangkap ofsaid. Taktik ini cukup berbahaya dan kami tidak boleh leka,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE