Pemain berusia 29 tahun itu diejek selepas dikeluarkan pada minit ke-68 di Stadium St. Mary dan memberi isyarat dua jari kepada penyokong City.

Persatuan Bolasepak England (FA) mendakwa Austin kerana melakukan penghinaan dan dia akan terlepas perlawanan menentang Leicester, esok.

Dia juga tidak akan beraksi dalam perlawanan pusingan ketuga Piala FA menentang Derby County.

Ketiadaan Austin menyaksikan Ralph Hasenhuttl kekurangan pilihan di bahagian serangan dengan Manolo Gabbiadini akan melengkapkan perpindahannya ke Sampdoria.-AGENSI