Sebab itu apabila dia mengatakan bahawa penyerang yang baru dibawa dari kelab Jerman, Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang mampu mengikut jejak Henry, itu merupakan satu kenyataan yang cukup besar.

Wenger berkata, apa yang diperkatakannya itu bukan satu perbandingan atau bertujuan memberi tekanan, tetapi lebih kepada memberikan inspirasi.

"Agak terlalu awal untuk membandingkan dia dengan pemain terbaik yang bermain di sini. Dia (Aubameyang) telah bermain satu perlawanan. tetapi ia satu contoh yang baik untuk diikuti," kata Wenger.

Aubameyang sendiri telah mengaku bahawa Henry adalah idolanya.

"Ini merupakan kenyataan yang agak penuh dengan cita-cita, tetapi dia memang antara yang terbaik. Menjadi penjaring terbaik dalam sejarah Arsenal dia tidak semestinya perlu menjaringkan banyak gol. Tetapi mengapa tidak? Aubameyang memiliki kualiti untuk menerima hantaran di hadapan dan kualiti dari segi rentak. Ini yang kami perlukan.

"Penyudahnya baik. Kita tidak menjaringkan gol secara kebetuluan untuk bertahun-tahun. Tetapi Theirry juga agak banyak datang mencari bola, dan terlibat banyak dalam permainan," kata Wenger.

Selepas menjaring gol pada perlawanan pertamanya dengan Arsenal ketika menentang Everton Sabtu lalu, Wenger berharap hari ini Aubameyang akan mencapai tahap terbaiknya.

“Ketajamannya akan lebih pada Sabtu berbanding minggu lalu. Dia tiba pada hari Selasa dan tidak dapat menyertai latihan kerana belum sembuh daripada demam. (Tetapi menjelang hujung minggu) dia menunjukkan perubahan yang baik," jelas Wenger.