Pemain kebangsaan Croatia itu terpaksa dikeluarkan ketika permainan hanya memasuki minit kedua selepas terjatuh tanpa dikasari mana-mana pemain lawan.

Atletico berkata dalam satu kenyataan bahawa Vrsaljko perlu melakukan beberapa ujian namun imbasan yang dilakukan telah mengesahkan dia mengalami kecederaan ACL di lutut kiri.

Vrsaljko, 25, membuat 25 penampilan bersama Atletico pada musim ini dan hanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini dia menjadi pilihan utama Diego Simeone berbanding Juanfran. - AFP