Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari berkata, tugas Westwood akan digalas Pembantu Ketua Jurulatih, Darren Read buat sementara waktu.

“Sehubungan itu juga, FAP akan mengumumkan pelantikan Ketua Jurulatih yang baharu dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pasukan Harimau Kumbang kini berdepan kecaman penyokong sendiri ekoran prestasi buruk dalam saingan Liga Super berikutan gagal memenangi sebarang perlawanan selepas mengharungi lapan perlawanan.

Berada di tangga tercorot liga ketika ini, pasukan berkenaan mencatatkan kekalahan sebanyak enam kali dengan dua keputusan seri selain turut tersingkir dalam pusingan ketiga Piala FA. – UTUSAN ONLINE