Asensio dikatakan akan menyertai Liverpool dan Zidane yang dilantik sebagai jurulatih baharu Real menegaskan dia mahu mengekalkan pemain kebangsaan Sepanyol itu di Bernabeu.

“Saya sudah bercakap dengan dia dan memberitahunya bahawa dia adalah pemain utama kepada pasukan dan saya mahu dia kekal bersama kami,” kata Zidane. - AGENSI