Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Arsenal tolak kelab EPL

Tidak akan jual Sanchez kepada City, Chelsea

Alexis Sanchez
Alexis Sanchez

LONDON 13 Jun - Arsenal memberitahu Alexis Sanchez bahawa dia sudah boleh melupakan sebarang hasrat untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lain.

Gunners nekad untuk tidak menjual penyerang Chile itu kepada mana-mana seteru domestik, biarpun Manchester City dan Chelsea sanggup membayar harga tinggi 45 juta pound (RM 243.70 juta) yang ditetapkan.

Ejen Sanchez telah mengadakan pertemuan dengan wakil City dan Chelsea sejak beberapa minggu lalu bagi membincangkan mengenai perpindahan pemain berusia 28 tahun itu, namun keputusan terbaharu Arsenal membuatkan dia kini perlu mencari pasukan lain.

Kelab London itu masih berminat untuk mengikat Sanchez bagi tempoh yang panjang dan melancarkan usaha terakhir untuk mengekalkannya di Emirates dengan menawarkan gaji 275,000 pound (RM1.48 juta) seminggu.

Bagaimanapun, seandainya pemain tersebut enggan menandatangani kontrak baharu maka skuad bimbingan Arsene Wenger itu tidak punya pilihan kecuali melepaskannya kepada kelab luar negara.

Keengganan Gunners untuk melayani tawaran kelab EPL lain bermakna, gergasi bola sepak Jerman, Bayern Munich dan juara Serie A, Juventus kini menjadi pilihan untuk mendapatkan bintang Chile itu.

Sanchez sebelum ini menyuarakan minat untuk terus beraksi dalam bola sepak England, namun masa depannya kini mungkin bukan lagi di EPL seandainya dia memilih untuk meninggalkan Arsenal.

Walaupun berdepan masa depan tidak menentu, Sanchez masih mampu menunjukkan prestasi baik di pentas antarabangsa apabila membantu Chile mengikat Rusia 1-1 dalam aksi persahabatan baru-baru ini.

Arsenal berharap kedudukan Sanchez dapat diputuskan dalam masa terdekat supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada pasaran perpindahan dan mencari pengganti terbaik.

Lima nama kini disebut-sebut sebagai calon untuk mengisi kekosongan Sanchez diketuai oleh bintang RB Leipzig, Emil Forsberg, Yannick Carrasco (Atletico Madrid), Lorenzo Insigne (Napoli), Dries Mertens (Napoli) dan Isco dari Real Madrid.

Menurut akhbar Britain, Arsenal perlu melakukan pembelian mega jika melepaskan Sanchez bagi menawan semula hati penyokong mereka yang masih dirundung kekecewaan gara-gara kegagalan melayakkan diri ke Liga Juara-Juara, musim depan. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain