Henrikh Mkhitaryan membuka ruang untuk Arsenal mendahului pada minit 15 yang juga gol pertamanya bersama kelab itu.

Milan yang kelihatan terkejut dengan jaringan itu terus tertekan dengan satu lagi gol sebelum masa rehat oleh Aaron Ramsey.

Kemenangan itu sudah tentu mengurangkan sedikit tekanan terhadap Wenger yang sememangnya terdesak ekoran empat kekalahan berturut-turut. - AFP