Terdahulu jaringan Phil Jagielka seawal minit ke-10 sudah cukup untuk Everton meraih tiga mata.

Sekalipun Emery mengakui pasukannya mempersembahkan prestasi terburuk, namun dia cuba untuk kekal positif dalam saingan di Goodison Park itu.

“Secara umumnya, kami baik, saya tidak fikir ‘hari ini kami tewas dan kami sangat teruk’. Keputusan yang teruk, bukan persembahan terbaik hari ini, tetapi kami masih lagi di kedudukan keempat teratas.

“Sebelum ini, saya kami akan berdepan kesukaran. Selepas keputusan ini, saya fikir perkara yang sama.

“Selepas keputusan ini, kami boleh menjadi negatif kerana kami kehilangan tiga mata, namun kami masih ada berhutang satu perlawanan. Jika kami terus mengambil peluang dan nasib, kami mampu berada di kedudukan empat teratas,” kata Emery.- AFP