Pemain kebangsaan Mesir itu dilihat kekok ketika merebut bola dengan Mark Noble sewaktu The Gunners membelasah West Ham 4-1 dalam aksi liga pada hujung minggu lalu dan pemain berusia 25 tahun itu terpaksa diusung keluar padang.

Aksi final Liga Europa pada 16 Mei ini merupakan perlawanan terakhir Arsenal pada musim ini, itu pun sekiranya mereka berjaya mengatasi Atletico Madrid di peringkat separuh akhir.

“Kami berharap Mo kembali bersedia untuk beraksi bersama Arsenal pada musim ini dan kami sentiasa berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Mesir,” kata Arsenal.

Mesir layak ke pusingan akhir Piala Dunia yang akan diadakan pada Jun ini buat kali pertama sejak 1990. - AGENSI