Victor Moses terdahulu meletakkan The Blues bermula langkah kanan apabila meledak gol pembukaan pada minit ke-46, namun jaringan bintang baharu Arsenal, Sead Kolasinac, lapan minit sebelum tamat perlawanan menjadikan kedudukan 1-1, sekali gus mengheret permainan ke penentuan penalti.

Courtois dan Morata masing-masing gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk membolehkan Arsenal menjulang trofi buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun.

Kemenangan ini membolehkan anak-anak buah Arsene Wenger, yang turun sebagai juara Piala FA memulakan kempen musim baharu dengan nada positif.

Penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea pula menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas Pedro dilayangkan kad merah pada minit ke-80. - AFP