The Gunners yang tewas 0-4 kepada Liverpool dalam perlawanan sebelum ini pada 27 Ogos lalu akhirnya membuktikan mereka masih berada di tahap prestasi terbaik sekali gus mengembalikan kepercayaan penyokong ke atas kelab tersebut.

Kemenangan tersebut juga membolehkan Arsenal mengumpul enam mata selepas empat perlawanan dan hanya dibezakan dengan empat mata dengan pendahulu ketika ini iaitu Manchester City yang menewaskan Liverpool dengan jaringan besar 5-0.

Dalam perlawanan tersebut Danny Welbeck menghadiahkan dua gol sewaktu minit keenam dan ke-50 manakala satu lagi jaringan menerusi Alexandre Lacazette ketika minit ke-27.

Keputusan lain menyaksikan Brighton menang dengan keputusan 3-1 menewaskan West Brom manakala Everton tewas 0-3 kepada Tottenham Hotspur.

Sementara itu, Chelsea tidak berdepan masalah menewaskan Leicester City dengan keputusan 2-1 dan Southampton tewas di laman sendiri 0-2 kepada Watford. - AGENSI