Walaupun berjaya merangkul Piala FA musim lalu, namun Wenger berdepan pelbagai desakan daripada penyokong terutama selepas gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara.

Wenger menjadi sasaran cemuhan penyokong dalam perlawanan persahabatan pra-musim, bagaimanapun pengendali dari Perancis itu lega apabila memulakan musim baharu dengan tonik tambahan dengan kemenangan mengatasi juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea di Stadium Wembley.

Kejayaan menerusi penentuan penalti 4-1 itu menaikkan moral pemain selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi 90 minit.

“Saya mahu mereka terus berada di belakang pasukan ketika kita mungkin akan melalui tempoh yang sangat bagus dan sebahagiannya pula tidak bagus.

“Setiap perlawanan adalah peperangan dalam Liga Perdana, seperti hari ini. Menjadi impian kami untuk menggembirakan penyokong, ia impian yang sukar tetapi kami sedaya upaya cuba melakukannya.” katanya.

Arsenal akan berdepan saingan Leicester dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris, hujung minggu ini.- AFP