Selepas mengharungi dua minggu yang menyeksakan berikutan dua kali tewas 0-3 kepada Manchester City selain kalah kepada Brighton 1-2, Arsenal kali ini mempamerkan permainan berbeza untuk memperoleh gol menerusi Henrikh Mkhitaryan pada minit ke-15 dan Aaron Ramsey sebelum babak pertama berakhir.

“Memang ia kemenangan yang penting selepas seminggu bermimpi ngeri. Saya gembira dengan semangat dan respon yang kami tunjukkan. Apabila tumbang seperti petinju, kami perlu segera bangkit,” kata pengendali berusia 68 tahun dari Perancis itu lega. - AFP