Pengurus Arsenal, Arsene Wenger membuat rombakan besar pada barisan kali ini daripada keputusan seri bertemu Chelsea minggu lepas, biarpun tanpa kelibat ramai pemain utama, namun kekalahan tersebut memberi isyarat bahawa skuad Gunners di ambang kejatuhan.

“Anda pasti tidak nampak kami bermain untuk mempertahankan Piala FA. Melangkah ke pusingan ini bermakna ia semakin sukar.

“Anda berdepan kelab Liga Kejuaraan dan anda pastinya sudah bersedia, namun kebanyakan pemain hari ini tidak seperti itu,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Dua gol sebelum waktu rehat menerusi pemain Amerika Syarikat Eric Lichaj dan penalti daripada Ben Brereton dan Kieran Dowell mengesahkan kemenangan Nottingham ke atas Arsenal, yang kali terakhir tersingkir awal pada musim 1995-96.

Mertesacker menyamakan kedudukan pada awalnya, namun tetap ketinggalan selepas itu kepada kelab yang menghuni tangga ke-14 Liga Kejuaraan.

“Pengurus membuat rombakan besar-besaran, memberi kepercayaan kepada pemain yang kurang beraksi. Saya tidak rasa semua pemain itu membalas kepercayaan Arsene.

“Ada segelintir sahaja yang bagi saya mereka bekerja keras. Pada babak kedua, saya merasakan semangat juang Arsenal tinggi, namun ia tetap tidak mampu mengatasi mereka,” katanya.- REUTERS