Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Arsenal bukan pilihan pemain utama dunia

ARSENAL bakal berdepan kesukaran untuk menarik nama-nama besar
ARSENAL bakal berdepan kesukaran untuk menarik nama-nama besar untuk menyertai mereka dalam saingan akan datang selepas menunjukkan penurunan prestasi ketara sejak kebelakangan ini.

LONDON 17 April - Thierry Henry percaya pemain utama dunia seperti Neymar tidak akan menyertai Arsenal berdasarkan kepada keadaan semasa dan kelab itu semakin ke belakang di bawah kendalian Arsene Wenger.

Bekas bintang Barcelona yang juga legenda Arsenal mengakui sangat kecewa dengan keadaan semasa The Gunners yang gagal menarik bakat-bakat besar seperti N’Golo Kante dan Zlatan Ibrahimovic yang bertindak menyertai Chelsea dan Manchester United meskipun mereka berkelebihan beraksi di Liga Juara-Juara.

Henry mengakui Arsenal memiliki kewangan yang kukuh tetapi bimbang kelab itu tidak mampu menarik nama-nama besar untuk saingan akan datang.

“Sangat menyakitkan untuk saya bercakap seperti ini sebagai penyokong Arsenal tetapi kelab lama saya ini bukan destinasi menarik buat pemain utama dunia.

“Kenapa perlu pemain utama dunia yang mampu memberi impak kepada Liga Perdana Inggeris dan memperbaiki Arsenal datang ke Emirates?

“Tidak beraksi di Liga Juara-Juara tidak menjadi penghalang kepada Kante menyertai Chelsea pada musim lalu, ia juga tidak menghalang Zlatan daripada menyertai United.

“Perebutan piala merupakan kunci utama untuk menarik pemain handalan. Saya tidak nampak kelebihan untuk Arsenal menarik pemain utama dunia.

“Sudah pasti pemain akan bercakap sesama mereka. Sekiranya Neymar menghubungi Sanchez dan bertanya: “Perlukan saya sertai Arsenal?” Apakah yang akan Sanchez jawab?” katanya.-AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain