Skuad Gunners menerima kejutan apabila Fedor Chalov dan Kirill Nababkin meletakkan CSKA di depan, namun Danny Welbeck dan Aaron Ramsey bangkit menyamakan kedudukan.

“Kami gagal mengikut pelan yang ditetapkan. Saya fikir kami keciciran pemain yang penting untuk pasukan.

“Kami gagal memenangi pertembungan satu lawan satu. Mereka bermain dengan bagus dan kemas serta memiliki peluang baik.

“Mereka meletakkan tekanan ke atas bahu kami jika mereka menjaringkan gol ketiga. Jadi saya sangat gembira kami kembali ke landasan menuju ke final Piala Europa.

“Bagaimanapun persembahan kami masih belum cukup baik untuk berada di peringkat (suku akhir) ini,” kata Koscielny.- REUTERS