Olivier Giroud yang masuk sebagai pemain gantian pada hujung separuh masa kedua menjaringkan gol kemenangan pada minit 85 selepas Aaron Ramsey menyamakan kedudukan 3-3.

Sebelum itu pasukan tuan rumah ketinggalan 1-2 hasil dua jaringan Jamie Vardy, selepas Arsenal mendahului 1-0 melalui penyerang yang baru dibeli, Alexandre Lacazette. - REUTERS