"Pemain pilihan saya ialah Lionel Messi, saya tidak membuang pemain lain tetapi jika anda tanya saya tentang Tevez, kami telah mempunyai pemain bagi posisi tersebut," kata Batista dalam sidang media selepas Argentina mengumumkan perlawanan pemanas badan bagi saingan di Amerika Selatan itu menentang Albania.

Bagaimanapun dia menambah peluang pemain lain untuk beraksi masih terbuka pada masa akan datang memandangkan pasukannya melakukan persiapan rapi untuk Piala Dunia 2014.

Pemain Real Madrid, Gonzalo Higuain adalah pilihan kedua sebagai penyerang tengah ataupun dia mampu untuk beraksi pada posisi yang lain di bahagian serangan.

Batista menambah keputusannya untuk tidak menyenaraikan Tevez tidak ada kena mengena dengan masalah peribadi.

"Argentina tidak akan bermain seperti Barcelona tetapi saya mahu mengelilingi Messi dengan cara paling terbaik. Kami akan bermain secara mengawal bola dengan lebih sabar," kata Batista.

Katanya, dia sedang mencari pemain yang sesuai dengan taktikal yang digunakannya dan masih memikirkan pemain terbaik bagi skuad 22 pemain menjelang Copa America bermula pada 1 hingg 24 Julai ini. - Reuters