“Kami telah mencapai keputusan, kami sudah memberitahu kepada Bauza bahawa dia tidak lagi menjadi jurulatih pasukan kebangsaan,” maklum Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), Claudio Tapia selepas menghadiri mesyuarat badan induk tersebut di ibu pejabat organisasi itu di sini.

Dalam pada itu, media melaporkan skuad La Albiceleste itu kini sedang mengintai jurulatih Sevilla kelahiran Argentina, Jorge Sampaoli yang tidak pernah menyembunyikan hasratnya untuk membimbing pasukan kebangsaan.

Menerusi kekosongan slot itu, peluang kini terhidang kepada Sampaoli, yang membimbing pasukan dari negera jiran, Chile untuk merangkul gelaran Copa America pada 2015.

Argentina, yang menyaksikan kapten Lionel Messi digantung empat permainan atas kesalahan menghina pegawai perlawanan, kini menghuni tangga kelima dalam kumpulan Amerika Selatan.

Empat teratas melibatkan 10 pasukan dalam kumpulan itu akan mara ke fasa akhir Rusia 2018, manakala tempat kelima akan bersaing dengan skuad dari Oceania menerusi play-off. - REUTERS