Keputusan ini dibuat se­malam, selepas Jawatan­kua­sa Rayuan FIFA mem­per­timbangkan rayuan Per­­­satuan Bola Sepak Argentina (AFA) bagi pihak Messi.

Penggantungan tersebut dibuat selepas Messi didapati mengeluarkan kata-kata kesat kepada pembantu pengadil dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Chile pada Mac yang menyaksikan Argentina menang 1-0.

Setakat ini dia sudah terlepas satu perlawanan ketika Argentina menentang Bolivia apabila mereka tewas 2-0.

Bintang Barcelona itu sepatutnya menjalani penggantungan tiga lagi perlawanan iaitu menentang Uruguay, Venezuela dan Peru.

Selepas keputusan itu ditarik balik, Messi kini dapat turun padang untuk membantu Argentina dalam tiga perlawanan akan datang.

Dengan terbatalnya ke­putusan itu, keyakinan dan semangat Argentina untuk bangkit mungkin meningkat di mana pasukan itu kini sedang bergelut untuk layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Argentina kini berada di posisi kelima dalam 10 pasukan Amerika Selatan – AGENSI.