Kejayaan itu sekali gus menyelamatkan Albiceleste daripada terlepas menyertai kejohanan berprestij itu buat kali pertama sejak 1970.

Juara dunia dua kali itu merupakan naib juara di Brazil tiga tahun lalu, jaringan hatrik Messi memastikan Argentina menang 3-1 ke atas Ecuador yang mana pasukan tuan rumah terlebih dahulu berada di depan seawal minit pertama permainan menerusi jaringan Romario Ibarra.

“Saya memberitahu kepada pasukan bahawa Messi tidak hutang Argentina tiket ke Piala Dunia namun bola sepak berhutang kepadanya. Argentina mengorak satu langkah di mana kami layak ke kejohanan kompetitif itu.

“Meskipun ketinggalan satu gol anda boleh nampak pasukan ini tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tidak berjanji apa-apa. Kita bernasib baik kerana pemain terbaik di dunia berasal dari Argentina,” kata Jorge Sampaoli yang merupakan jurulatih ketiga Argentina sepanjang kempen kelayakan. - AGENSI