Biglia terpaksa dikeluarkan pada minit ke-72 ketika Milan tewas mengejut kepada Benevento yang beraksi 10 pemain dan kelab tersebut mengesahkan pemain berusia 32 tahun itu mengalami keretakan pada dua tulang vertebra.

“AC Milan mengesahkan Lucas Biglia dilaporkan mengalami trauma selepas cedera ketika perlawanan menentang Benevento.

“Pemain itu akan menjalani pemeriksaan untuk mengenal pasti dua tulang vertebra yang terjejas. Laporan perubatan akan dikeluarkan dalam tempoh beberapa hari,” kata AC Milan.

Bekas pemain Anderlecht itu berhijrah ke San Siro pada musim ini dengan kos 17 juta euro (RM80 juta) selepas empat tahun bersama Lazio. - AFP