Turut tersenarai rakan sepasukan Salah di Liverpool, Sadio Mane dari Senegal melengkapkan senarai tiga pemain itu yang diumumkan di Ghana bagi calon kategori individu, sempena anugerah tahunan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Salah berpeluang besar untuk memenangi anugerah itu selepas mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan 14 gol.

Pemain berusia 25 tahu itu, juga mencipta jaringan menakjubkan ketika membantu Mesir melangkah ke Piala Dunia 2018 di Russia dan tampil kali pertama di pusingan akhir dalam tempoh 28 tahun.

Penyerang Borussia Dortmund, Aubameyang pula berada dalam senarai penjaring kedua terbanyak di Bundesliga, kurang dua gol berbanding bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski.

Mane juga menjadi nadi penting ketika membantu Senegal melangkah ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 2002.

Penyandang gelaran, Riyad Mahrez dari Algeria yang beraksi untuk Leicester City, tidak berada dalam senarai 30 pemain yang dicalonkan untuk menerima anugerah musim ini.

Jurucakap CAF, Junior Binyam memberitahu kepada AFP, jawatankuasa penganjur memutuskan untuk mengenepikan kategori Pemain Terbaik Berpangkalan di Afrika dan kategori Pengadil Terbaik selepas hanya 10 pemain dan enam pengadil dicalonkan sejak pencalonan ditutup bulan lalu. - AFP

INFO

Pemain Wanita Terbaik - Asisat Oshoala (NGR, Dalian Quanjian/CHN), Chrestina Kgatlana (RSA, UWC Ladies), Gabrielle Aboudi Onguene (CMR, CSKA Moscow/RUS)

Pemain Remaja Terbaik - Krepin Diatta (SEN, Sarpsborg/NOR), Patson Daka (ZAM, Liefering/AUT), Salam Giddou (MLI, Guidars)

Jurulatih Terbaik - Gernot Rohr (NGR), Hector Cuper (EGY), L’Hussein Amoutta (Wydad Casablanca/MAR)

Kelab Terbaik - Al Ahly (EGY), TP Mazembe (COD), Wydad (MAR)

Pasukan Kebangsaan Terbaik - Cameroon, Mesir, Nigeria

Pasukan Kebangsaan Wanita Terbaik: Ghana U-20, Nigeria U-20, Afrika Selatan.