Pemain Mesir itu mengakui teruja dengan anugerah tersebut dan menganggap ia sebagai sesuatu yang istimewa dalam musim pertama bersama skuad The Reds.

Salah meledak gol ke-32 dalam saingan EPL buat Liverpool ketika membenam Brighton and Hove Albion 4-0 di Anfield semalam untuk memastikan mereka layak ke Liga Juara-Juara (UCL).

Salah menamatkan saingan dengan kelebihan dua gol ke atas penyerang Tottenham, Harry Kane, yang memenangi anugerah tersebut sejak dua musim lalu.

Salah juga dinobat sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris dan Pemain Terbaik PFA bagi tahun ini, Salah amat teruja di atas kejayaan terbarunya ini.

“Kejayaan ini amat istimewa. Saya meletakkan dalam fikiran saya untuk membantu pasukan memenangi perlawanan dan kami akan bersaing dalam UCL musim depan dan memenangi anugerah ini, saya sangat berbangga.

“Saya akan cuba meningkatkan mutu permainan setiap tahun. Ia amat istimewa kerana dapat memecahkan rekod di England,” katanya. – AGENSI