Menurut bekas Presiden Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu, perjumpaan tersebut dibuat adalah untuk melihat pandangan Khairy berhubung isu berkenaan.

Malah beliau berkata, pihaknya masih terbuka sama ada untuk berundur mahupun terus bertanding dengan mana-mana calon sekalipun.

"Saya akan berjumpa dengan Khairy sebentar lagi untuk meninjau pandangan beliau. Saya masih terbuka, tidak timbul siapa lawan siapa," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE