Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi mengesahkan, Annuar, yang merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan dicalonkan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) pada hari terakhir pencalonan ditutup hari ini.

Pencalonan tersebut dibuat sehari selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mencalonkan Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi untuk menentang calon pilihan Exco FAM iaitu Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

“Selepas tempoh pencalonan yang dibuka pada 2 April lalu berakhir pada jam 5 petang tadi, FAM hanya menerima tiga nama tersebut sebagai calon daripada ahli-ahli gabungan yang telah mengembalikan kertas pencalonan masing-masing.

“Sehubungan itu, ketiga-tiga mereka perlu mengesahkan penerimaan pencalonan masing-masing sebelum atau pada 14 Jun ini, iaitu sebulan sebelum berlangsungnya Kongres FAM Ke-54 pada 14 Julai 2018,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perebutan Presiden FAM hampir diadakan tiga penjuru bagi penggal 2014-2018 bagaimanapun Sultan Ahmad Shah merupakan penyandang pada waktu itu membuat keputusan untuk menarik diri sekali gus meninggalkan dua calon sahaja iaitu Tengku Abdullah dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kerusi Presiden FAM menjadi milik Tengku Abdullah.

Jawatan Presiden FAM kosong selepas Tunku Ismail melepaskan kerusi No. 1 FAM pada 25 Mac lalu. - UTUSAN ONLINE