Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Annuar amat berani 
berentap dengan TMJ

ANDA fikir siapa yang akan memenangi kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)? Mat sudah lama perhatikan mengenai pencalonan untuk jawatan itu dan seperti jangkaan, daripada empat calon hanya dua sahaja yang sah bertanding.

Susah juga Mat nak ramalkan siapa yang akan menang. Mana tidaknya, masing-ma­sing ada kelebihan dan kekuatan. Namun, dari pandangan mata kasar, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat sebagai calon pilihan berbanding pencabarnya Tan Sri Annuar Musa.

Mat tidak kisah siapa calon pilihan atau pun tidak kerana apa yang penting kedua-dua calon itu menetapkan pendirian mereka untuk bertan­ding pada Mac depan. Mat tidak mahu melihat FAM mendapat Presiden baharu yang menang tanpa bertan­ding.

Mana tidaknya, pemilihan pucuk kepemimpinan FAM ini bukannya diadakan setiap tahun tapi empat tahun sekali. Jadi, teringin jugalah Mat nak tengok siapa yang akan menang dengan cara bertanding dan bukannya menang percuma.

Bagi Mat, Annuar cukup berani kerana beliau akan berentap dengan Tunku Ismail yang besar pengaruhnya dalam bola sepak tempatan. Tetapi, dalam pemilihan kali ini Mat yakin macam-macam perkara boleh berlaku.

Ada tokoh bola sepak tempatan berpendapat Annuar perlu menarik diri dan memberikan laluan kepada Tunku Ismail tetapi Mat tidak sependapat dengan mereka. Biarlah pemilihan kali ini diadakan dalam suasana pertandingan yang harmoni.

Setiap calon ada perancangan mereka tersendiri dan terpulang kepada perwakilan untuk memilih calon yang memiliki manifesto terbaik.

Mat ada dengar juga daripada 14 ahli gabungan yang berjumpa dengan Tunku Ismail baru-baru ini, tidak semuanya adalah perwakilan yang boleh mengundi pada hari pemilihan nanti. Hanya tujuh atau lapan individu sahaja daripada kumpulan itu merupakan perwakilan. Jadi, itu bermakna Annuar masih ada peluang.

Pemilihan kali ini cukup menarik. Kalau ingat lagi pada pemilihan sebelum ini pada 2014, Annuar telah berkempen untuk Tunku Ismail tetapi beliau tewas kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan sekarang kedua-duanya pula bertanding melawan sesama sendiri. Cukup me­ngujakan. Tak sabar Mat nak tunggu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain