Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Anfield destinasi terakhir Klopp

JURGEN Klopp memberi bayangan bahawa dia akan bersara daripada
JURGEN Klopp memberi bayangan bahawa dia akan bersara daripada dunia bola sepak selepas kariernya bersama Liverpool tamat pada 2022. - UTUSAN ONLINE/AFP/JUSTIN TALLIS

LONDON 18 April - Jurgen Klopp akan bersama dari arena bola sepak selepas kontraknya bersama Liverpool tamat.

Pengendali berusia 49 tahun itu memulakan karier pengurusannya bersama Mainz sebelum menyertai Borussia Dortmund selama tujuh musim yang menyaksikan dia merangkul dua kejuaraan Bundesliga selain melangkah ke final Liga Juara-Juara sebelum meninggalkan kelab Jerman itu pada 2014-15.

Dia kemudiannya menyertai Liverpool pada Oktober 2015 selepas Brendan Rodgers dipecat dan dia memberi bayangan bahawa Anfield akan menjadi destinasi terakhirnya.

“Saya tidak akan berkhidmat dengan 10 kelab berbeza selepas karier pengurusan saya tamat.

“Saya tidak mungkin akan melompat dari satu kelab ke satu kelab berbeza secara mengejut.

“Mudah bagi saya untuk memberi tumpuan terhadap sesebuah urusan kerana saya biasa melakukan sesuatu untuk jangka panjang,” kata Klopp.

Bagaimanapun, dia yakin dapat menyumbangkan trofi kejuaraan kepada Liverpool sebelum menamatkan kariernya di Anfield pada 2022.

“Sekiranya saya berjaya menamatkan kontrak saya bersama Liverpool, terdapat peluang cerah untuk meraih sesuatu bersama mereka.

“Saya akan berada dalam situasi kurang menyenangkan sekiranya tidak meraih sebarang kejuaraan kerana orang ramai meletakkan harapan tinggi untuk Liverpool menang trofi kejuaraan,” katanya. - AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain