“Semusim bersama Bundesliga merupakan satu pengalaman yang cukup hebat,” kata pengurus Bayern, Ancelotti yang meraih gelaran sulung dalam tahun pertamanya bersama kelab gergasi Jerman itu.

Robert Lewandowski menyumbat dua gol, manakala David Alaba, Thomas Muller, Joshua Kimmich dan Arjen Robber masing-masing satu jaringan sewaktu membelasah tuan rumah.

Bagi Ancelotti, 57, ia merupakan trofi kemenangan kali ke-19 selaku pengurus, dengan Bayern menambah kepada kejuaraan ke-27 liga, 18 kali lebih banyak berbanding kelab Jerman lain.

Pengurus kelahiran Itali itu kini berjaya mengumpul gelaran dari empat negara yang berbeza selepas meraihnya menerusi AC Milan di Serie A, Chelsea (Liga Perdana Inggeris), Paris Saint-German (Ligue 1).

“Saya sungguh gembira, kemenangan ini sangat penting dan memberikan pengalaman hebat. Pasukan saya telah melaksanakan tugas dengan baik dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab hebat ini.

“Saya sangat bertuah berada di sini dengan pemain-pemain terbaik dan penyokong yang sentiasa memberi sokongan ke atas prestasi mengagumkan sepanjang musim.

“Kami berhak memenangi­nya, kami bermain dengan baik. Sekarang adalah masa terbaik untuk meraikannya, selepas itu kami akan membuat persediaan untuk musim baharu, sebaik mungkin,” katanya. – AFP