Seawal minit ke-12 Eden Hazard sudah membuka jaringan dengan penyudah popularnya iaitu rembatan lencong kaki kanannya tepat ke penjuru kanan gawang gol.

Thorgan pula yang pertama kali digandingkan dengan abangnya tidak menunggu lama untuk mencetak jaringan iaitu seawal separuh masa kedua, selepas beberapa kali percubaan tepatnya pada separuh masa pertama digagalkan oleh penjaga gol Cyprus.

Gol Thorgan hadir apabila rembatan Michy Batshuayi muntah dari tangkapan gol lawan dan mudah disempurnakan dengan sentuhan kaki kanan Thorgan.

Lebih manis Thorgan juga mencipta gol pertamanya pada perlawanan peringkat antarabangsa. Hazard pula melebarkan penguasaan Belgium apabila menjaringkan gol ketiga melalui sepakan penalti selepas pemain pertahanan lawan menampan bola dengan tangan di dalam kotak penalti.

Romelu Lukaku yang dimasukkan pada penghujung perlawanan bagi menggantikan Batshuayi melengkapkan malam duka Cyprus dengan meledakan gol keempat Belgium.

Belgium melangkah ke final Piala Dunia sebagai pasukan pilihan membuktikan mengapa mereka kini wajar berada di ranking nombor lima dunia. - Agensi